TUGASAN HARIAN ____
Bidang : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi
Tajuk: Punca Kemalangan Jalan Raya
Nilai : Mematuhi Peraturan dan
Undang-undang
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes
kemalangan jalan raya di negara kita. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berkembar Tahun Baru Cina dari 12 Februari
hingga 12 Mac tahun 2000 menunjukkan bahawa sebanyak 7945 kes kemalangan jalan
raya berlaku. Sebanyak 319 orang terlibat dalam nahas maut, 807 oran cedera
parah dan 1383 orang cedera ringan. Daripada statsitik itu, bermakna purata
kematian dalam kemalangan jalan raya di Negara kita ialah 14 orang setiap hari.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu
tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen
memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka
pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu
kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus
mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen
memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah
apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu
kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu
dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada
kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam
keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari
dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar
kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan
kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang
bertentangan. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat
sebentar sebelum meneruskan perjalanan
Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang acuh tak acuh iaitu
tidak mempedulikan undang-undang jalan raya juga merupakan salah satu punca
berlakunya kemalangan jalan raya. Mereka suka berlagak semasa memandu untuk
menonjolkan gaya dan kelincahan semasa memandu. Mereka memotong di garisan
putih berkembar, di selekoh, di simpang-simpang atau memberhentikan kenderaan
di lampu isyarat semata-mata kerana hendak cepat sampai ke tempat yang dituju.
Akibatnya, perbuatan mereka membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain.
Oleh itu, setiap pemandu haruslah mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan
undang-undang untuk mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Mereka haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa
dan dimana seseorang itu berada untuk mengurangkan kemalangan jalan
raya terutamanya pada musim perayaan
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai
usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan
nampaknya masih kurang berkesan. Pihak berkuasa telah mengadakan kempen
keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana
semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke
kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di
jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat
memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap
pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih
lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar
kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. ‘ Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Oleh itu, janganlah biarkan sikap
cuai, lalai, tidak bertanggungjawab, ego, mementingkan diri sendiri dan
seumpamanya menghantui diri semasa memandu. Sesungguhnya tiada yang lebih
berharga di dunia selain nyawa yang Tuhan pinjamkan kepada kita. ‘Pandu cermat
jiwa selamat’.