Friday 8 March 2013

Esei P. Moral : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi


TUGASAN HARIAN ____
Bidang : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi
Tajuk: Punca Kemalangan Jalan Raya
Nilai : Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berkembar Tahun Baru Cina dari 12 Februari hingga 12 Mac tahun 2000 menunjukkan bahawa sebanyak 7945 kes kemalangan jalan raya berlaku. Sebanyak 319 orang terlibat dalam nahas maut, 807 oran cedera parah dan 1383 orang cedera ringan. Daripada statsitik itu, bermakna purata kematian dalam kemalangan jalan raya di Negara kita ialah 14 orang setiap hari.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.  Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang acuh tak acuh iaitu tidak mempedulikan undang-undang jalan raya juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Mereka suka berlagak semasa memandu untuk menonjolkan gaya dan kelincahan semasa memandu. Mereka memotong di garisan putih berkembar, di selekoh, di simpang-simpang atau memberhentikan kenderaan di lampu isyarat semata-mata kerana hendak cepat sampai ke tempat yang dituju. Akibatnya, perbuatan mereka membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, setiap pemandu haruslah mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya. Mereka haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya  yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada untuk mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak berkuasa telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. ‘ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Oleh itu, janganlah biarkan sikap cuai, lalai, tidak bertanggungjawab, ego, mementingkan diri sendiri dan seumpamanya menghantui diri semasa memandu. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia selain nyawa yang Tuhan pinjamkan kepada kita. ‘Pandu cermat jiwa selamat’.

Esei P. Moral : Nilai berkitan dengan Keamanan & Kedamaian


TUGASAN HARIAN ________
Bidang : Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian
Tajuk : Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar.
Nilai : Saling membantu dan bekerjasama

              Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

             Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Oleh itu, dalam hidup bermasyarakat kita haruslah mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Kita haruslah mempunyai usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

                 Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain.

                 Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.

                 Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu dengan membantu mereka mengurangkan beban yang ditanggung.

                 Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Esei P. Moral : Nilai berkaitan dengan Patriotisme


TUGASAN HARIAN ___________
Bidang : Nilai Berkaitan Dengan Patriotik
Tajuk : Semangat Patriotik
Nilai : Cinta akan negara

                  Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.

                     Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

                 Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju. Oleh itu, ibu bapa haruslah menerapkan nilai cinta akan negara kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menyemaikan perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dalam diri anak-anak mereka.

                 Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.

               Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

                    Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.

Tuesday 5 March 2013

hypothesis for Physics Form 4 and Form 5


Physic’s Hypothesis
Concept
Hypothesis

The longer the length, the longer the time of oscillation
Inertia
The greater the mass, the greater the inertia
F=ma
The greater the force, the greater the acceleration. (constant mass)
The bigger the mass, the smaller the acceleration. (constant force)
Impulsive force
The shorter the time of collision, the bigger/greater the impulsive force
Momentum
The bigger the mass (moving object), the greater the momentum (constant speed)
The higher the velocity (moving object), the greater the momentum (constant mass)
Hooke
F=kx
The greater the applied force, the greater the extension/compression
The bigger the force constant, the smaller the extension/compression.
( k increases if shorter spring/ smaller diameter of spring/ springs arranged in parallel/ thicker spring )
Energy
K.E. = mgh
The greater the vertical height, the greater the speed achieved.
Pressure
P=F/A
The greater the force, the greater the pressure (constant area)
The smaller the surface area in contact, the greater the pressure (constant force).
P=hpg
The deeper the depth, the greater the liquid pressure.
The higher the density, the greater the liquid pressure.
U=vpg
The greater the volume of fluid/liquid displaced, the greater the buoyant force.
Bernoulli
The greater the speed of fluid/liquid, the lower the pressure of the fluid/liquid.
Pascal
The greater the output area, the greater the output force.
Gas law
= k
The bigger the volume, the smaller the pressure. (constant temperature)
The higher the temperature, the greater the pressure. ( constant volume)
The higher the temperature, the bigger the volume. (constant pressure)
Plane mirror
The greater the object distance, the greater the image distance.
Convex lens
The shorter/smaller the object distance, the greater the image distance.
The shorter/smaller the object distance, the greater the size of image.
The thicker the convex lens, the greater the distance of the image focused on the screen.
n=
The smaller the angle of incidence, the smaller the angle of refraction. (constant refractive index)
n=
The greater/deeper the real depth, the greater/deeper apparent depth.
n=
The greater the refractive index, the smaller the critical angle.
Wave
v=f
The bigger the frequency of the wave, the shorter its wavelength.
REFLECTION: The smaller the angle of incidence, the smaller the angle of reflection.
REFRACTION (water) : The shallower the region, the shorter the wavelength.
DIFFRACTION : The longer the wavelength, the greater the diffraction.
                          : The smaller the opening/gap/barrier, the greater the diffraction.

ʎ=
Interference : The smaller the separation of slits, the greater the separation of the fringes.
                        : The longer the wavelength, the greater the separation of fringes.
                        : The smaller the separation between two loudspeakers, the greater the separation between two consecutive loud sounds
Electric field
The greater the separation between the metal plates, the smaller the strength of the magnetic field.
Ohm law
The greater the potential difference across a conductor, the bigger the current flowing.
Factors affecting resistance
The longer the wire, the higher the resistance.
The bigger the cross sectional area, the smaller the resistance.
The higher the resistivity, the higher the resistance.
R=p
The higher the temperature, the higher the resistance.
Heating effecting
E=I2R
The bigger the current flowing, the greater the heating effecting.
Power output
P=IV
The larger the current flow, the greater the power output. ( rate of motor lifting a load)
E.M.F.
The larger the current flow through the circuit, the lower the potential difference across the dry cell.
Electromagnet
The bigger the magnitude of current, the greater the magnetic force (motor turn faster).
The bigger the magnitude of current flowing, the greater the strength of electromagnet.
Magnetic induction
The greater the number of turns in the solenoid, the greater is the induced current flowing in the solenoid.
The higher the rate of change of magnetic flux, the larger the induced e.m.f.
The greater the strength of the magnet, the larger the induced e.m.f.
Transformer
The greater the number of turns in the secondary coil, the bigger the output voltage of the transformer.
CRO
The stronger the magnetic field, the greater the deflection by the cathode ray.
Diode
When the diode is forward-biased, the greater the potential difference across the bulb, the bigger the current flowing through the diode.
Transistor
The bigger the base current, the bigger the collector current.
Half-life
The longer the time of decay, the lower the activity of a radioactive material.
Penetration power of radiation
The further the source, the smaller the intensity of the activity detected.            
The thicker the thickness, the smaller the intensity of the radioactivity detected.

Monday 4 March 2013

Kerja Kursus Akaun Tingkatan 4 :)

hey all! well, i am getting started with blogging so i figured maybe i could lend a helping hand for a starter :) i hve a format for the Prinsip Perakaunan course work. hope it is helpful to those who need it. i know i needed it before :)


1. SENARAI KANDUNGAN


Just Begun