Friday 8 March 2013

Esei P. Moral : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi


TUGASAN HARIAN ____
Bidang : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi
Tajuk: Punca Kemalangan Jalan Raya
Nilai : Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berkembar Tahun Baru Cina dari 12 Februari hingga 12 Mac tahun 2000 menunjukkan bahawa sebanyak 7945 kes kemalangan jalan raya berlaku. Sebanyak 319 orang terlibat dalam nahas maut, 807 oran cedera parah dan 1383 orang cedera ringan. Daripada statsitik itu, bermakna purata kematian dalam kemalangan jalan raya di Negara kita ialah 14 orang setiap hari.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.  Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang acuh tak acuh iaitu tidak mempedulikan undang-undang jalan raya juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Mereka suka berlagak semasa memandu untuk menonjolkan gaya dan kelincahan semasa memandu. Mereka memotong di garisan putih berkembar, di selekoh, di simpang-simpang atau memberhentikan kenderaan di lampu isyarat semata-mata kerana hendak cepat sampai ke tempat yang dituju. Akibatnya, perbuatan mereka membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, setiap pemandu haruslah mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya. Mereka haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya  yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada untuk mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak berkuasa telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. ‘ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Oleh itu, janganlah biarkan sikap cuai, lalai, tidak bertanggungjawab, ego, mementingkan diri sendiri dan seumpamanya menghantui diri semasa memandu. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia selain nyawa yang Tuhan pinjamkan kepada kita. ‘Pandu cermat jiwa selamat’.

2 comments: